harap aku dikenang...

Saturday, November 11, 2017



Pernah sekali Aisyah berasa amat cemburu kepada Saidatina Khadeejah. Lalu, terkeluarlah dari mulutnya

"Engkau masih ingat pada seorang perempuan TUA, padahal Allah telah menggantikannya dengan yang lebik baik!"
Apabila mendengar ucapan tersebut, Baginda menjadi marah. Terlalu marah. Sehinggakan berdiri rambutnya kerana menahan amarah tersebut.

"Tidak. Demi Allah, selamanya tidak akan ada gantinya. Dialah yang mula-mula beriman kepadaku sewaktu orang lain masih kafir. Dialah yang membenarkan aku sewaktu orang lain membenciku dan memulaukan aku. Dari dia aku diberi Allah anak-anak, sedang dari yang lain aku tidak mendapat anak"

Sejak dari peristiwa itu, Aisyah tidak lagi berani menyebut nama Saidatina Khadeejah secara kurang hormat melainkan beliau akan berlemah lembut dan berjaga-jaga dalam perkataannya.
• Lihatlah, betapa kasih dan sayangnya Baginda SAW terhadap isterinya yang bernama Khadeejah. Biarpun isterinya itu telah pergi bertemu Allah lebih dulu daripadanya, namun namanya tidak pernah lekang di ingatan dan sentiasa meniti di bibir mulut Baginda yang mulia.

• Suamiku.. Jadilah seperti Rasulullah, yang begitu menghargai isterinya biarpun dia telah tiada. Yang tidak pernah melupakan kebaikkannya biarpun jasadnya telah dipisahkan masa. Yang tidak pernah luntur kasih sayangnya biarpun dia telah pergi buat selamanya. Aku tunggu. Aku doa. Agar suatu hari nanti kau akan jadi seperti dia. Insan yang aku rindu melebihi segala-galanya.
.
sekadar perkongsian..

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram